Thursday 30 August 2012

Nak kahwin tak?






Rasanya entri kali ini sama sekali tidak ada kaitan langsung dengan kerepek. Eh, sebentar! Ada kaitan, kerepek sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu sebagai pencuci mulut. Nyum nyum, sedapnya! 

Berbalik kepada niat utama kami mencoret entri ini. Beberapa hari lalu, kita dihidangkan dengan berita pernikahan tentang seorang pendakwah bebas yang terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ya Allah, sungguh bersederhana majlis pernikahan beliau. Tahniah Ustaz! Moga berbahagia dan berada di bawah lindungan Allah selalu.

Topik pernikahan ialah topik yang sangat popular dalam kalangan anak-anak muda yang masih bujang terutamanya. Pelbagai impian dan cita-cita yang difantasikan tentang pernikahan mereka kelak. Ada yang menginginkan sebuah pernikahan mewah, atau dalam erti kata lain, "Wedding of The Year". Ada pula yang menginginkan sebuah pernikahan ala-ala fantasi seperti dalam video musik "Love Story" nyanyian Taylor Swift.

Pelbagai impian dan angan-angan yang dicipta. Tetapi pernahkah kita terpikir, apakah pernikahan yang seperti diangankan diberkati Allah dan sangat cantik di sisi Islam? Kami mengambil contoh majlis pernikahan Ustaz Don. Majlis pernikahan Ustaz sangatlah bersederhana dan tidak mengikut adat. Sebaliknya mengikut syariat Islam yang sebenar. Pasti semua pasangan mengimpikan sebuah pernikahan yang dilimpahi barakah Allah. Jadi, anda pasti ingin tahu bagaimana rupanya majlis pernikahan Ustaz Don bukan?

Jom kita terjah dan sama-sama kongsikan. Benda baik patutlah kita kongsi-kongsikan, bertambah pahala. InsyaAllah.



MAJLIS PERNIKAHAN USTAZ DON DAN HUSNA ZAHRY

1. Majlis dimulai dengan salawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

2. Setelah selesai upacara akad nikah, Ustaz memohon kebenaran pihak keluarga untuk solat sunat bersama-sama Husna.

3. Sebelum menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Ustaz terlebih dahulu memegang ubun-ubun kepala Husna, lantas berdoa. Doanya berbunyi begini:

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu kebaikannya dan segala kebaikan yang Engkau ciptakan pada dirinya, dan aku berlindung padaMu dari keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya. Amin."

4. Husna hanya memakai inai di bahagian bukan aurat.

5. Ustaz tidak memakai inai pada 3 jarinya kerana inai yang dipakaikan pada lelaki tujuannya adalah untuk berubat.

6. Pelamin yang disediakan bukanlah untuk majlis persandingan, sebaliknya digunakan untuk mengambil gambar pengantin bersama keluarga dan sahabat.

7. Barangan hantaran terdiri daripada makanan yang dikongsi dan dibuka bersama-sama keluarga.

8. Al-Quran tidak dijadikan salah satu barang hantaran kerana Ustaz tidak mahu Al-Quran disamakan tarafnya dengan barangan hantaran yang lain seperti Kasut, Baju dan lain-lain.

9. Husna tidak bersolek tebal kerana Ustaz menerima Husna kerana dirinya bukan solekannya.


Wah! Sungguh bersederhana bukan? Inilah sebaik-baik majlis pernikahan di sisi Allah S.W.T. Islam itu mudah dan cantik. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita amalkan Islam!




Sekian, wassalam :')




No comments:

Post a Comment