Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi terakhir, Muhammad S.A.W, kekasih Allah. Syukur, syukur, syukur kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara segar milik Allah, Sang Pencipta Yang Maha Agung. Pada 'post' kali ini kita akan bercerita tentang pisang.
Tidakkah kalian terpikir betapa hebatnya Allah yang menjadikan pelbagai jenis buah-buahan untuk kita nikmati daripada bahan adunan yang serupa iaitu AIR, TANAH dan juga UDARA. Cuba kalian merenung sejenak, bagaimana daripada bahan adunan yang serupa, pelbagai jenis buah-buahan yang dihasilkan empunyai rasa yang berbeza?. Ada yang rasanya manis, masam, pahit dan pelbagai lagi jenis rasa. Pernah tak kalian merasa kuih raya yang pada fizikalnya berbeza tetapi rasanya sama? Pasti pernah kan? Tambah-tambah musim raya sebegini. Kita manusia biasa tidak tertanding kehebatannya dengan Sang Pencipta kita. Allah Maha Hebat. Subhanallah!
Pisang merupakan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Pisang tidak boleh berbuah dua kali. Dalam dunia ini, cuma ada satu jenis pokok yang tidak boleh berbuah dua kali, apalagi kalu bukan PISANG.
Pisang merupakan buah-buahan tempatan yang sangat mudah didapati. Harganya juga tidaklah semahal buah-buahan import seperti anggur dan epal. Walaupun murah, pisang mengandungi pelbagai khasiat, antaranya ialah:
- Pisang boleh melegakan sembelit.
- Pisang sesuai untuk penghidap darah tinggi. Ini kerana, pisang mengandungi kandungan potassium yang sangat tinggi yang amat berguna bagi mereka yang sedang melakukan diet rendam garam.
- Pisang boleh menyeimbangkan fungsi jantung. Potassium yang terkandung di dalam pisang dapat menstabilkan denyutan jantung.
- Pisang mengandungi protein "trytophan" yang dapat diubah kepada "serotonin". Serotonin dapat meredakan tekanan dan dapat membuatkan perasaan menjadi lebih tenang dan bahagia.
- Pisang boleh mengurangkan rasa mual, terutamanya rasa mual yang dialami oleh ibu-ibu hamil.
- Kulit pisang terutamanya kulit pisang emas dapat mengurangkan parut jerawat atau parut campak jika kulit tersebut disapukan pada muka setiap hari.
- Pisang boleh merawat masalah cirit-birit.
- Pisang sangat sesuai dimakan oleh pesakit anemia, yakni pesakit yang menghidap masalah kurang darah. Hal ini kerana, pisang mengandungi kandungan zat besi yang sangat tinggi.
- Pisang mengandungi pelbagai jenis vitanin seperti vitamin A, vitamin B dan lain-lain.
Banyak bukan khasiat buah yang berwarna kuning ini??
Wahhh, sedap benar buah ini! Jom, kita makan pisang!
P/s: Jangan lupa baca doa ya :')
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment