Thursday, 30 August 2012

Nak kahwin tak?






Rasanya entri kali ini sama sekali tidak ada kaitan langsung dengan kerepek. Eh, sebentar! Ada kaitan, kerepek sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu sebagai pencuci mulut. Nyum nyum, sedapnya! 

Berbalik kepada niat utama kami mencoret entri ini. Beberapa hari lalu, kita dihidangkan dengan berita pernikahan tentang seorang pendakwah bebas yang terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ya Allah, sungguh bersederhana majlis pernikahan beliau. Tahniah Ustaz! Moga berbahagia dan berada di bawah lindungan Allah selalu.

Topik pernikahan ialah topik yang sangat popular dalam kalangan anak-anak muda yang masih bujang terutamanya. Pelbagai impian dan cita-cita yang difantasikan tentang pernikahan mereka kelak. Ada yang menginginkan sebuah pernikahan mewah, atau dalam erti kata lain, "Wedding of The Year". Ada pula yang menginginkan sebuah pernikahan ala-ala fantasi seperti dalam video musik "Love Story" nyanyian Taylor Swift.

Pelbagai impian dan angan-angan yang dicipta. Tetapi pernahkah kita terpikir, apakah pernikahan yang seperti diangankan diberkati Allah dan sangat cantik di sisi Islam? Kami mengambil contoh majlis pernikahan Ustaz Don. Majlis pernikahan Ustaz sangatlah bersederhana dan tidak mengikut adat. Sebaliknya mengikut syariat Islam yang sebenar. Pasti semua pasangan mengimpikan sebuah pernikahan yang dilimpahi barakah Allah. Jadi, anda pasti ingin tahu bagaimana rupanya majlis pernikahan Ustaz Don bukan?

Jom kita terjah dan sama-sama kongsikan. Benda baik patutlah kita kongsi-kongsikan, bertambah pahala. InsyaAllah.



MAJLIS PERNIKAHAN USTAZ DON DAN HUSNA ZAHRY

1. Majlis dimulai dengan salawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

2. Setelah selesai upacara akad nikah, Ustaz memohon kebenaran pihak keluarga untuk solat sunat bersama-sama Husna.

3. Sebelum menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Ustaz terlebih dahulu memegang ubun-ubun kepala Husna, lantas berdoa. Doanya berbunyi begini:

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu kebaikannya dan segala kebaikan yang Engkau ciptakan pada dirinya, dan aku berlindung padaMu dari keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya. Amin."

4. Husna hanya memakai inai di bahagian bukan aurat.

5. Ustaz tidak memakai inai pada 3 jarinya kerana inai yang dipakaikan pada lelaki tujuannya adalah untuk berubat.

6. Pelamin yang disediakan bukanlah untuk majlis persandingan, sebaliknya digunakan untuk mengambil gambar pengantin bersama keluarga dan sahabat.

7. Barangan hantaran terdiri daripada makanan yang dikongsi dan dibuka bersama-sama keluarga.

8. Al-Quran tidak dijadikan salah satu barang hantaran kerana Ustaz tidak mahu Al-Quran disamakan tarafnya dengan barangan hantaran yang lain seperti Kasut, Baju dan lain-lain.

9. Husna tidak bersolek tebal kerana Ustaz menerima Husna kerana dirinya bukan solekannya.


Wah! Sungguh bersederhana bukan? Inilah sebaik-baik majlis pernikahan di sisi Allah S.W.T. Islam itu mudah dan cantik. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita amalkan Islam!




Sekian, wassalam :')




Manisnya kerepekku!






Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke-hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi ini. Entri pada kali ini, kami akan rangkumkan tentang beberapa lagi jenis kerepek yag dijual oleh kami. Jangan risau dan takut mencuba, semuanya ada "ummpphh" belaka. Rangup-rangup semuanya. Jom kita lihat!


  1. KEREPEK PISANG MADU



Bagi penggemar kerepek manis, rasanya tidak salah pilihan anda jika anda memilih kerepek madu ini. Manisnya bukanlah rasa manis yang datang dari gula, tetapi datang dari madu. Wah, sungguh berkhasiat! Untuk pengetahuan kalian, kerepek ini kami sira dengan madu yang berkualiti agar terjamin rasa dan kualitinya. Cubalah! Pasti nak lagi!


   2. KEREPEK PISANG MANIS


Pisang manis? Eh, jangan salah sangka ya Tuan-tuan dan Puan-puan. Pisang sememangnya manis bila ranum, tetapi tak ada pulak pisang yang bernama "pisang manis". Cuba lihat foto di atas, nampak menyelerakan bukan? Ya, sangat rangup dan sedap dimakan. Kerepek pisang manis ini kami sirakan dengan gula. Kepada anda yang alah madu atau tidak berapa meminati madu dan produknya, kerepek pisang manis adalah pilihan yang terbaik! Tidak menggunakan madu tetapi cukup manis. Cubalah!

Jika saudara atau saudari berminat, bolehlah membuat tempahan di talian yang berikut:

0133390461 atau 0136955348

Amaran kepada penghidap kencing manis, Tuan-tuan dan Puan-puan, kerepek di atas memang nampak sedap, tetapi kerepek ini bukanlah pilihan terbaik untuk anda. Jadi, kalau anda benar-benar kepingin nak makan kerepek pisang, pilihlah kerepek pisang kami yang lain! Pelbagai kerepek ada, pilih jangan tak pilih! 

Untuk penggemar kerepek ubi, nantikan entri kami yang seterusnya.

Sekian, wassalam.




Monday, 27 August 2012

Kenapa mesti PISANG?





Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi terakhir, Muhammad S.A.W, kekasih Allah. Syukur, syukur, syukur kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara segar milik Allah, Sang Pencipta Yang Maha Agung. Pada 'post' kali ini kita akan bercerita tentang pisang. 

                   Tidakkah kalian terpikir betapa hebatnya Allah yang menjadikan pelbagai jenis buah-buahan untuk kita nikmati  daripada bahan adunan yang serupa iaitu AIR, TANAH dan juga UDARA. Cuba kalian merenung sejenak, bagaimana daripada bahan adunan yang serupa, pelbagai jenis buah-buahan yang dihasilkan empunyai rasa yang berbeza?. Ada yang rasanya manis, masam, pahit dan pelbagai lagi jenis rasa. Pernah tak kalian merasa kuih raya yang pada fizikalnya berbeza tetapi rasanya sama? Pasti pernah kan? Tambah-tambah musim raya sebegini. Kita manusia biasa tidak tertanding kehebatannya dengan Sang Pencipta kita. Allah Maha Hebat. Subhanallah!

                    Pisang merupakan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Pisang tidak boleh berbuah dua kali. Dalam dunia ini, cuma ada satu jenis pokok yang tidak boleh berbuah dua kali, apalagi kalu bukan PISANG.

                    Pisang merupakan buah-buahan tempatan yang sangat mudah didapati. Harganya juga tidaklah semahal buah-buahan import seperti anggur dan epal. Walaupun murah, pisang mengandungi pelbagai khasiat, antaranya ialah:

  1. Pisang boleh melegakan sembelit.
  2. Pisang sesuai untuk penghidap darah tinggi. Ini kerana, pisang mengandungi kandungan potassium yang sangat tinggi yang amat berguna bagi mereka yang sedang melakukan diet rendam garam.
  3. Pisang boleh menyeimbangkan fungsi jantung. Potassium yang terkandung di dalam pisang dapat menstabilkan denyutan jantung.
  4. Pisang mengandungi protein "trytophan" yang dapat diubah kepada "serotonin". Serotonin dapat meredakan tekanan dan dapat membuatkan perasaan menjadi lebih tenang dan bahagia.
  5. Pisang boleh mengurangkan rasa mual, terutamanya rasa mual yang dialami oleh ibu-ibu hamil.
  6. Kulit pisang terutamanya kulit pisang emas dapat mengurangkan parut jerawat atau parut campak jika kulit tersebut disapukan pada muka setiap hari.
  7. Pisang boleh merawat masalah cirit-birit.
  8. Pisang sangat sesuai dimakan oleh pesakit anemia, yakni pesakit yang menghidap masalah kurang darah. Hal ini kerana, pisang mengandungi kandungan zat besi yang sangat tinggi.
  9. Pisang mengandungi pelbagai jenis vitanin seperti vitamin A, vitamin B dan lain-lain.

Banyak bukan khasiat buah yang berwarna kuning ini??


Wahhh, sedap benar buah ini! Jom, kita makan pisang!


P/s: Jangan lupa baca doa ya :')

Sekian, wassalam.

Kerepek Pisang Kami





Alhamdulillah, kali ini kami akan bekalkan kalian dengan gambar-gambar kerepek tradisional yang telah dihasilkan oleh kami. Gambar pada 'post' kali ini lebih berfokus kepada 3 jenis kerepek pisang.

  1. KEREPEK PISANG EMAS


Kerepek pisang emas rasanya sangat sedap dan sedikit manis. Disebabkan ianya dibuat daripada pisang emas, rasanya pun seperti pisang emas; manis dan lemak. Pasti kanak-kanak sukakan kerepek ini. Kepada ibu-ibu di luar sana, janganlah anda risau, kerepek-kerepek yang dijual oleh Dunia Kerepek tidak mengandungi sebarang pengawet dan sudah tentunya tidak membahayakan kesihatan. Daripada membelikan anak-anak kita gula-gula yang bole merosakkan gigi, rasanya lebih molek jika kita sajikan anak-anak kita dengan kerepek pisang emas yang sihat lagi  murah dan sedap. :')

  
   2. KEREPEK PISANG NANGKA



Kerepek pisang nangka merupakan kerepek pisang yang paling popular dan mudah didapati di pasaran. Kenapa ia popular? Kerana kerepek pisang ini sangat lemak rasanya, lebih lemak berbanding kerepek pisang emas. Namun begitu, rasanya tidaklah manis seperti kerepek pisang emas. Buat penghidap kencing manis, siapa kata anda tidak boleh makan kudap-kudapan? Boleh, dan pilihan yang paling baik ialah KEREPEK PISANG NANGKA! 

  3. KEREPEK PISANG TANDUK




Kerepek pisang tanduk merupakan kerepek pisang yang paling ekslusif diantara semua jenis kerepek pisang. Buat pengetahuan semua, pisang tanduk agak sukar didapati. Rasa pisang ini sangat istimewa dan itu menyebabkan kerepek yang dihasilkan daripada pisang tanduk mempunyai rasa yang sangat seimbang; manis dan lemaknya cukup seimbang. Pendek kata, kerepek pisang mewah ini sangat sedap apabila dimakan diwaktu petang bersama-sama segelas kopi panas. Ummpppp, lemaknya terasa!


Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 0133390461 atau 0136955348. Insya-Allah, kami cuba memenuhi segala pertanyaan dan permintaan kalian.

Sekian, wassalam.














Salam Perkenalan Semua!





Assalamualaikum, 

Barakallahufikh.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat juga kami menyiapkan blog yang serba ringkas ini. Tujuan kami mudah, iaitu memperkenalkan anda dengan produk kami. Dunia Kerepek akan memperkenalkan anda dengan pelbagai jenis kerepek tradisional yang dihasilkan sendiri dan menggunakan resipi turun temurun kami.

Kerepek yang dihasilkan oleh pihak kami sangatlah berkualiti, rangup dan sangat sedap. Kami yakin dan sangat pasti bahawa anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasakan keenakan kerepek kami.

Dunia kerepek menyajikan pelbagai jenis kerepek kepada anda seperti pelbagai jenis kerepek pisang; kerepek pisang nangka, kerepek pisang emas, kerepek pisang tanduk dan lain-lain. Dunia Kerepek juga menyajikan anda dengan pelbagai  jenis kerepek ubi iaitu kerepek ubi kayu manis, kerepek ubi kayu pedas dan lain-lain.

 InsyaAllah, sebahagian dari hasil jualan akan didermakan kepada rumah-rumah anak yatim dan juga masjid-masjid berdekatan.

Jika ingin membuat tempahan, sila hubungi di talian yang berikut:
0133390461..

~BERNIAGA SAMBIL BERBAKTI~

Sekian, wassalam